.post img, table.tr-caption-container { border:22px solid #f1f1f1; padding:4px; }

Tuesday, May 01, 2012

SOLAT – WAKTU, WARNA & KELEBIHAN

Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam. Aku rasa fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi.

Waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh. Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi.
Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki. Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) – dalam erti kata lain jaga daripada tidur.
Disini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat diawal waktu. Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar suda h mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.

Waktu Isra’ & Dhuha : Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak ?

Waktu Asar : Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu .). Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita ;)

Waktu Maghrib: alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tida k berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la .) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.

Waktu Isyak : alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta dimana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan. Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.
Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam. Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya. Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh. Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di’kurniakan’ syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini.

Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hambanya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukannya. Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya tapi amat berdisiplin dalam menghadiri kelas taichinya . :?

Tuesday, February 21, 2012

7 Petua Pandai Bahasa Inggeris

 
Pembuka kata
Bahasa Inggeris boleh jadi satu subjek yang sangat ditakuti di sekolah. Menurut pengalaman dan pemerhatian saya di sekolah, di tuisyen dan dalam program-program yang saya pernah jalankan untuk pelajar, subjek Bahasa Inggeris adalah antara subjek yang paling ditakuti, digeruni malah dibenci. Mengapa ini berlaku?
Jika anda seorang pelajar, cuba tanya diri anda, adakah anda suka subjek Bahasa Inggeris? Jika anda seorang pekerja atau usahawan, adakah anda selesa menggunakan Bahasa Inggeris?
Jika anda sudah biasa menggunakan Bahasa Inggeris di rumah, tentulah subjek ini bukan satu subjek yang susah bagi anda. Namun, jika tidak ada langsung sesiapa yang pandai berbahasa Inggeris di rumah mahupun di kampung anda, tentu subjek ini begitu mencabar bukan?
Tidak perlu saya terangkan apakah kelebihannya jika anda boleh menguasai Bahasa Inggeris dan mampu bertutur dengan lancar dalam bahasa ini. Kita akan terus bincangkan bagaimanakah caranya anda boleh memajukan tahap kemahiran anda berbahasa Inggeris ini.
Sebelum itu, satu perkara yang ingin saya kongsikan bersama anda ialah, sedar atau tidak, jika seseorang itu lemah dalam subjek Bahasa Inggeris di sekolah rendah, dia akan terus lemah hingga masuk ke sekolah menengah, kolej mahupun universiti. Pelik bukan? Benar, bukan semua pelajar begini tetapi majoritinya begitu. Bagi yang berjaya keluar dari kepompong masalah lemah subjek Bahasa Inggeris, pasti ada sesuatu yang telah mereka berjaya lakukan hingga mereka berubah daripada lemah subjek Bahasa Inggeris kepada hebat dan boleh bertutur dengan lancar dalam subjek tersebut.
Jadi, dalam topik 7 petua pandai Bahasa Inggeris ini, saya akan kongsikan tips dan teknik yang digunakan oleh pelajar-pelajar yang berjaya memajukan pencapaian mereka dalam subjek Bahasa Inggeris. Mahukah anda tahu petua-petua  dan tips-tips ini semua? Kita mulakannya esok. Selamat membaca.

 

 
Petua 1
Mari kita mulakan dengan petua yang pertama. Petuanya ialah ‘kegagalan atau kelemahan anda pada masa yang lalu bukanlah petunjuk kepada kebolehan diri anda’. Bagi saya, jika anda mahu memajukan tahap penguasaan Bahasa Inggeris anda, petua pertama ini adalah petua yang paling penting. Mengapa?
Saya percaya, halangan utama untuk menguasai subjek Bahasa Inggeris bermula di dalam minda anda. Jika selama ini anda lemah dalam subjek ini, selalu gagal dalam peperiksaan atau mendapat gred yang tidak memuaskan, selalu diketawakan apabila berbahasa Inggeris dan selalu merasa tertekan apabila berada di dalam kelas Bahasa Inggeris, anda akan hadapi kesukaran untuk menguasainya.
Selalunya, jika tahap penguasaan bahasa Inggeris anda lemah, anda pasti ada masalah keyakinan diri untuk mempelajari subjek ini. Anda juga akan hilang keinginan untuk mempelajarinya kerana anda percaya bahawa anda memang tidak berbakat dan tidak mungkin menguasainya. Satu berita baik untuk anda, seperti yang saya katakan pada awal petua ini, kegagalan yang lepas bukanlah kebolehan sebenar anda. Menurut satu kajian, otak manusia mempunyai kebolehan untuk mempelajari 12 bahasa tanpa sebarang masalah. Masalahnya cuma terletak pada minda di mana anda mungkin selalu memandang rendah pada kebolehan diri sendiri.
Begini. Mulai hari ini, apabila anda mahu belajar Bahasa Inggeris, lupakan kegagalan anda yang lalu. Bayangkan suatu ketika pada masa akan datang. Bayangkan anda sudah biasa bertutur di dalam Bahasa Inggeris. Bayangkan anda sedang berbual-bual dalam bahasa Inggeris dengan beberapa pelancong daripada Eropah. Rasakan betapa seronoknya apabila anda dapat bertutur dalam bahasa ini dengan begitu lancar dan mudah.
Mulai hari ini, apabila anda mahu membaca sesuatu dalam bahasa Inggeris, bayangkan dahulu yang anda memang sudah biasa menggunakan bahasa ini dalam kehidupan seharian anda.
Mulai hari ini, apabila anda berdiri di hadapan cermin, cuba senyum dan bayangkan yang anda sedang bercakap dalam Bahasa Inggeris dengan lancar. Anda tidak perlu menyebut apa-apa langsung. Anda cuma perlu senyum, jangan berkata apa-apa dan bayangkan yang anda sedang berbicara dalam bahasa Inggeris.
Bunyinya mungkin agak pelik tetapi jika anda lakukan beberapa kali dengan bersungguh-sungguh, anda akan mula rasa keyakinan diri anda meningkat. Apabila keyakinan diri ini meningkat, akan timbul keinginan dalam diri anda untuk terus berusaha memajukan tahap penguasaan bahasa Inggeris anda.
Selamat mencuba.

 

 
Petua 2
Untuk petua yang kedua, cuba anda lihat pekerja-pekerja asing yang bekerja di Malaysia. Adakah mereka masuk ke kelas belajar bahasa Melayu? Adakah mereka membaca buku-buku bahasa Melayu? Tidak bukan?
Kalau ada pun mungkin sedikit sahaja jumlahnya. Tetapi bagaimana mereka boleh bercakap dalam bahasa Melayu dengan baik dan lancar? Satu petuanya ialah dengan menguasai perbendaharaan kata (Vocabulary).
Jika anda rasa anda tidak pandai bahasa Inggeris, besar kemungkinan anda mempunyai perbendaharaan kata bahasa Inggeris yang kecil. Ini bermaksud, jika anda mahu mengucapkan “saya mahu makan nasi” dalam bahasa Inggeris, anda tidak tahu apa perkataan saya, apa perkataan mahu, apa perkataan makan dan apa perkataan nasi dalam bahasa Inggeris.
Jadi, anda tidak boleh mengucapkannya. Percaya atau tidak, ini adalah sebab terbesar mengapa ramai orang tidak dapat menguasai sesuatu bahasa.
Jadi, setelah anda tahu petua ini iaitu jika anda mahu menguasai bahasa Inggeris, anda perlu menguasai perbendaharaan kata, apa yang patut anda lakukan? Baiklah. Ada beberapa aktiviti yang boleh saya cadangkan untuk anda menambahkan perbendaharaan kata bahasa Inggeris anda.
Langkah pertama, anda perlu tahu dahulu berapa banyak agaknya perkataan bahasa Inggeris yang anda tahu. Ambil sekeping kertas atau satu buku tulis dan bersedia untuk menulis. Tulis tajuk ini, “Things that I can see in a classroom”, benda-benda yang saya boleh lihat di dalam bilik darjah.
Di atas kertas itu, tulis sebanyak mungkin benda, perbuatan atau nama dalam bahasa Inggeris yang anda tahu dan yang anda boleh lihat dalam sesebuah bilik darjah. Contohnya dalam bilik darjah ada papan hitam dan kerusi, jadi anda tulis ‘black board’, ‘chair’. Tulis sebanyak mungkin. Anda juga boleh menulis kata kerja contohnya anda lihat ada pelajar sedang menulis. Jadi anda tulis ‘write’.
Uji diri anda sebanyak manakah anda boleh tulis perkataaan bahasa Inggeris ini. Saya cadangkan buat permulaan letakkan minimum 20 benda. Jadi, tulis nombor 1 sampai 20 dan mula menulis semua perkataan bahasa Ingeris yang anda tahu yang anda boleh lihat di dalam bilik darjah.
Jika ini mudah bagi anda, ia bermakna perbendaharaan kata anda agak baik. Tambahkan lagi jumlah perkataan daripada 20 menjadi 40. Ia akan membuat anda berfikir dengan lebih kuat lagi untuk mengingat perkataan-perkataan yang anda tahu.
Selepas itu, anda boleh tukar kepada situasi lain pula. Tukarkan ‘classroom’ atau bilik darjah itu kepada ‘playing field’, ’supermarket’, ’swimming pool’, ‘office’ dan sebagainya. Semakin banyak perkataan yang anda tahu melalui aktiviti ini, anda akan jadi lebih bersemangat dan yakin.
Anda boleh rujuk kamus untuk menambahkan jumlah perkataan yang anda tahu. Namun, cuba buat dulu aktiviti ini tanpa melihat kamus. Setelah selesai, baru rujuk kamus dan tambah senarai perkataan yang anda tahu.
Esok saya akan berikan lagi aktiviti lain untuk menambahkan perbendaharaan kata.

 

 
Petua 2.1
Seperti yang saya nyatakan semalam, untuk menguasai bahasa Inggeris, anda mesti menguasai perbendaharaan katanya. Anda mesti tahu apa perkataan-perkataan berkenaan yang anda mahu sebut.
Satu cara paling cepat untuk anda menghafal sebanyak mungkin perbendaharaan kata ialah dengan menulis maksud-maksud perkataan bahasa Inggeris ke dalam satu buku khas.
Begini. Semasa saya membuat persediaan untuk belajar ke United Kingdom di PP ITM Shah Alam pada tahun 1994-1996, tahap penguasaan bahasa Inggeris saya masih agak lemah. Saya sebenarnya lebih cemerlang dalam subjek Bahasa Arab semasa di tingkatan lima.
Jadi, saya fikir semula apa yang menyebabkan saya dapat menguasai bahasa Arab lebih cepat. Caranya ialah saya ada satu buku khas yang saya tulis maksud-maksud perkataan bahasa Arab. Bagaimana cara menulisnya?
Katakan anda membaca apa-apa bahan bacaan dalam bahasa Inggeris, anda mungkin akan terjumpa mana-mana perkataan yang anda tidak faham. Apa patut anda lakukan? Ya, rujuk kamus. Selalunya, apa yang pelajar lakukan ialah mereka akan tulis maksud perkataan tersebut di atas bahan bacaan tadi.
Maksudnya, jika mereka ada buku cerita bahasa Inggeris, buku itu akan dipenuhi dengan tulisan-tulisan maksud perkataan yang mereka tidak faham. Cara ini tidak berkesan untuk membuat anda hafal perkataan bahasa Inggeris dengan cepat. Mengapa?
Pertama, buku atau bahan bacaan itu akan hilang dan tidak selalu bersama anda. Kedua, apabila maksudnya sudah ada di situ, anda tidak akan mengeluarkan sebarang usaha untuk mengingat maksud tersebut. Anda akan hanya bergantung kepada buku yang sudah ditulis terjemahannya. Jadi, hentikan tabiat begini.
Ini cara yang betul. Ambil satu buku khas, jika boleh, buku berkulit tebal supaya ia lebih tahan. Setiap kali anda jumpa perkataan yang anda tidak tahu maksudnya, rujuk kamus dan tuliskan di dalam buku khas ini tadi. Tulis
  1. Perkataan itu
  2. Maksudnya (menggunakan bahasa inggeris atau bahasa Melayu)
  3. Contoh dalam ayat. (Salin satu contoh ayat. Tidak adagunanya tahu maksud sesuatu perkataan tetapi tidak tahu bagaimana cara menggunakannya.)
Langkah ketiga itu penting. Anda perlu tahu bagaimana ia digunakan dalam ayat. Contohnya, katakan anda orang asing yang sedang belajar bahasa Melayu. Kemudian anda terjumpa perkataan ‘cekik darah’ dan anda tahu maksudnya iaitu mengenakan harga yang terlau tinggi hingga menganiayai orang lain.
Jadi anda buat ayat begini, “Ali cekik darah orang kampung kerana meletakkan harga RM7 bagi sekilo gula”. Adakah betul ayat itu? Tidak bukan? Ayat yang sepatutnya,”Ali dikatakan cekik darah kerana meletakkan harga RM7 bagi sekilo gula.
Praktikkan teknik ini. Jika ia sukar, fikir kembali, anda mahu menguasai bahasa ini atau tidak?

 

 
Petua 2.2
Semalam saya ada ceritakan bagaimana anda boleh kuasai bahasa Inggeris dengan mempunyai satu buku khas perbendaharaan kata. Bolehkah anda lakukannya? Untuk menjayakan usaha memiliki buku khas perbendaharaan kata itu, anda perlu baca tips seterusnya ini. Tips ini berbunyi, anda perlu ‘jatuh cinta dengan KAMUS’.
Mengapa jatuh cinta? Kamus adalah penghubung utama antara anda dengan bahasa Inggeris. Bagi saya, jika anda sedang belajar bahasa Inggeris, tanpa kamus, ia seolah-olah anda sedang belajar menunggang basikal tanpa menggunakan basikal.
Pelik bunyinya kan? Tanpa kamus, anda mungkin boleh kuasai bahasa inggeris tetapi ia pasti sukar dan memakan masa yang agak lama.
Menurut pemerhatian saya semasa saya mengajar subjek Sains, Matematik atau Bahasa Inggeris untuk pelajar di peringkat PMR, lebih separuh pelajar saya tidak memiliki kamus. Alasan biasa yang diberikan ialah mereka tidak ada duit untuk membeli kamus. Simpati juga kita dengar bukan?
Tetapi yang peliknya mereka ini semua masing-masing ada handphone dan selalu menghantar sms setiap masa. Saya tanya mereka berapa banyak prepaid handphone sebulan, ada yang kata RM10, 20 dan ada yang mencecah RM50. Terkejut bercampur geram juga saya jadinya kerana sebuah kamus ringkas boleh didapati dengan harga lebih kurang RM11 sahaja.
Mulai hari ini, jika anda belum ada kamus, cari jalan untuk memilikinya. Jika anda sudah milikinya, cari jalan untuk selalu gunakannya, bukan dijadikan perhiasan untuk mengumpul habuk di dalam bilik anda.
Satu tips lagi, pelajari cara menggunakan kamus dengan cepat.
  1. Belajar bagaimana cara mencari sesuatu perkataan dengan cepat. Contohnya jika anda cari maksud perkataan ‘Break‘, cuba lihat berapa lama anda ambil masa untuk mencarinya. Bolehkah anda mencarinya dalam masa kurang 5 saat? Anda pasti boleh jika anda cuba.
  2.  Cari sebuah kamus sekarang. Buka satu halaman. Jika anda lihat dibahagian atas sebelah kanan (seperti nombor (1) dalam rajah) anda akan lihat 2 perkataan. Contohnya, jika saya lihat kamus saya muka surat 98 (Kamus ini saya beli pada 21 Januari 1990, tingkatan 2 ), tertulis perkataan ’bout/box’. Untuk pengetahuan anda, perkataan ’bout’ adalah perkataan pertama yang anda akan jumpa di muka surat tersebut dan perkataan ‘box’ adalah perkataan terakhir. Betul kan? Sama juga pada muka surat kanan (seperti rajah 2), anda akan lihat perkara sama.
Jadi, jika anda mencari perkataan ‘Break’ dan terbuka pada muka surat ’bout/box, adakah anda perlu buka muka surat seterusnya atau muka surat sebelumnya? Cara fikirnya begini, perkataan break bermula dengan BR , tetapi muka surat itu BO , O dan R, yang mana datang dahulu dalam senarai ABCDEFG……..?
(hehe, anda kena nyanyikan semula lagu ABC yang anda hafal masa tadika?). Tentulah O dahulu kan? Jadi, anda perlu buka muka surat seterusnya, bukan ke belakang.
Jika anda tidak tahu teknik mudah ini, anda akan tercari-cari perkataan itu diseluruh kamus anda. Anda juga mungkin memakan masa lebih lama kerana anda perlu buka muka surat kamus anda satu persatu. Selamat mencuba
 

 

 
Petua 3
Petua ketiga ialah anda perlu kuasai ‘English Grammar’ sedikit demi sedikit. Satu perkara yang amat dibimbangi dan ditakuti oleh orang ramai mengenai apa-apa bahasa ialah tatabahasanya. Tanpa tatabahasa yang betul, percakapan anda akan jadi tunggang langgang.
Bayang kalau ada seorang yang kelihatan seperti pelancong datang berjumpa anda dan berkata “Boleh saya bagitau awak macam mana Shah Alam nak pergi Kuala Lumpur dari?” Tentu anda akan tersenyum bukan? Kalau tidak tersenyum pun, muka anda akan berkerut kerana cuba memikirkan apa yang pelancong ini cuba katakan.
Saya faham, jika anda belum kuasai bahasa Inggeris, anda akan katakan grammar adalah sangat sukar. Sudah bertahun-tahun anda cuba pelajarinya tapi masih gagal.
Namun, anda kena ingat, selama ini anda rasa susah mungkin kerana anda belum pelajari petua nombor satu. Setelah anda pelajari petua satu dan dua, mungkin anda akan rasa grammar tidak begitu susah seperti yang anda fikirkan selama ini.
Ini satu cadangan anda bagaimana anda boleh kuasai grammar dengan lebih cepat dan lebih yakin. Mula-mula, cari buku grammar pelajar tahun 2 dan tahun 3 (sekolah rendah). Jika anda lihat buku grammar mereka, apa yang diajar adalah sangat asas dan mudah difahami. Jadi, belajar grammar dan kuasai grammar anda melalui buku-buku ini dahulu. Ada tiga kesan baik jika anda lakukan ini.
Pertama, apabila anda buka buku pelajar tahun 2 dan 3, anda akan fikir, “alah, buku budak sekolah rendah, takkanlah aku tak tahu.” Bila anda terfikir begini, anda akan rasa lebih yakin dan apabila anda lebih yakin, lebih mudah anda belajar.
Kedua, anda akan benar-benar lihat bahawa apa yang diajar dalam buku itu semua sanat mudah difahami kerana ia ditulis untuk pelajar sekolah rendah. Ia tidak menggunakan contoh-contoh ayat yang susah. Jadi, anda akan dapat kuasai asas grammar ini dengan contoh-contoh yang mudah.
Akhir sekali, anda tidak perlu rasa malu apabila perlu belajar asas semula. Apabila ada sesiapa melihat anda membaca buku pelajar sekolah rendah tahun 2 dan 3, kata sahaja kepada mereka, “Oh…saya tengah baca ni untuk ajar adik /anak saudara/adik sepupu/ anak jiran saya….” sambil menunjukkan muka ‘confident’.
Selamat mencuba.
 

 

 
Petua 4
Petua yang keempat untuk cepat pandai Bahasa Inggeris ialah ‘Berfikir dalam Bahasa Inggeris’. Apakah maksudnya?
Begini. Apabila anda sedang fikirkan sesuatu, anda selalunya berfikir dalam bahasa Ibunda anda sendiri iaitu bahasa Malaysia bagi kita orang Malaysia. Namun, jika anda sedang belajar Bahasa Inggeris dan mahu cepat pandai, anda perlu mula belajar berfikir dalam bahasa ini.
Contohnya, apabila anda melihat sekeping gambar seorang budak lelaki sedang menangis, apakah yang akan anda fikirkan? Anda mungkin terfikir, “kenapa budak ni menangis?”, “Siapa buat budak ni menangis?”, “Budak ni sakit ke?” dan bermacam-macam lagi yang boleh anda fikirkan dalam bahasa Ibunda anda.
Namun, apabila anda mahu cepat pandai Bahasa Inggeris, fikir dalam Bahasa Inggeris. Contohnya, “Why is this boy crying?”, What is happening here?”, Where is his parents?”, “what is he doing here?” dan bermacam-macam lagi.
Anda mungkin kata, “Macam mana nak buat, saya tak tahu Bahasa Inggeris, macam mana nak fikir dalam Bahasa Inggeris?”. Ya, anda mungkin belum fasih lagi bahasa ini dan apabila anda cuba fikir, mungkin ayat anda tidak betul.
Anda tidak perlu risau. Apa yang bagusnya ialah, jika ayat anda salah semasa anda berfikir, tidak ada sesiapa yang tahu dan tidak ada sesiapa yang akan ketawakan anda. Jadi anda boleh berlakon seolah-olah anda sedang bercakap dalam Bahasa Inggeris dengan lancar.
Apabila anda mula berfikir begini, anda juga akan mula peka kepada bagaimana cara melafazkan sesuatu dalam Bahasa Inggeris.  Katakan suatu hari, anda sedang berdiri di dalam bas bersama kawan anda dan kawan anda menyuruh anda duduk kerana ada kerusi kosong.
Anda mahu katakan “Saya tidak terasa pun hendak duduk, awak je lah duduk.” Tetapi anda tidak tahu bagaimana cara menyebutnya. Anda cuba fikirkan ayatnya tetapi masih tidak dapat bagaimana cara menyebutnya.
Kemudian, apabila anda sedang menonton cerita dalam bahasa Inggeris, ada situasi yang sama seperti di dalam bas tadi. Anda lihat, watak dalam cerita itu berkata “I don’t feel like sitting, why don’t you sit.”. Oleh kerana anda sudah berfikir dalam Bahasa Inggeris tadi, anda akan sedar akan ayat ini dan anda pun boleh menggunakannya.
Anda perlu, salah satu sebab mengapa seseorang sukar menguasai Bahasa Inggeris ialah dia asyik berfikir dalam bahasa Ibundanya. Dia asyik berfikir dalam bahasa Ibunda dan cuba menukarkannya kepada Bahasa Inggeris. Inilah yang menyebabkan proses pembelajaran menjadi sukar.
Jadi mulai hari ini, cuba berfikir dalam Bahasa Inggeris. Jangan risau jika ayat itu salah. Ayat yang salah itu akan betul juga nanti. Selamat mencuba.

 

 
Petua 5
Petua kelima untuk pandai Bahasa Inggeris dapat menggabungkan petua 2, 3 dan 4. Petuanya ialah anda perlu mula menulis jurnal atau diari dalam Bahasa Inggeris setiap hari.
Hmm… jika anda seorang lelaki, mungkin anda sedang merungut atau tidak berpuas hati dengan petua ini. Bukankah menulis diari atau jurnal adalah sesuatu yang suka dilakukan oleh wanita? Bukankah memalukan bagi seorang lelaki menulis diari?
 Sebenarnya tidak memalukan. Malah, jika anda baca kisah orang-orang yang berjaya, mereka ada membuat catatan mengenai perasaan, pendapat atau cita-cita mereka ke dalam diari. Diari ini pula mereka tulis hampir setiap hari. Jadi, jangan risau. Cari satu buku khas. Jika boleh, buku ini adalah buku yang berbeza dengan buku khas anda untuk perbendaharaan kata.
Buku ini anda perlu jaga betul-betul kerana ia bersifat agak peribadi. Tentu anda tidak mahu orang lain baca apa yang bermain di fikiran anda bukan? Jika boleh, dapatkan buku diari yang biasanya boleh didapati di mana-mana kedai buku kerana ia lengkap dengan tarikh. Ini akan memudahkan anda. Apa yang perlu anda tulis? Mudah sahaja.
Anda boleh tulis apa sahaja yang anda mahu. Anda boleh tulis tentang perlawanan bola sepak yang anda tonton petang tadi. Anda boleh tulis tentang aktiviti membeli-belah anda bersama keluarga di TESCO, Carrefour atau Jaya Jusco. Anda juga boleh tulis tentang apa yang berlaku di sekolah hari ini. Tulis apa sahaja asalkan ia di dalam Bahasa Inggeris.
Seperti biasa, jangan terlalu risau jika tatabahasa atau struktur ayat anda salah. Lebih banyak anda tulis, anda akan jadi lebih peka tentang cara menulis di dalam Bahasa Inggeris. Anda akan jadi lebih biasa dengan perkataan-perkataan Bahasa Inggeris dan akhirnya anda akan jadi lebih yakin dengan Bahasa Inggeris.
Jika anda ingin tahu, petua ini adalah antara teknik utama yang digunakan di pusat-pusat pengajian yang menawarkan kursus intensif Bahasa Inggeris. Saya pelajari teknik ini semasa menghadiri kursus 6 bulan Bahasa Inggeris sebelum melanjutkan pelajaran ke United Kingdom.
Saya dapati teknik ini sangat berkesan dan sangat membantu saya dan kawan-kawan saya yang masih agak lemah dalam penguasaan Bahasa Inggeris. Saya percaya ia akan dapat membantu anda juga. Satu cadangan yang lebih baik, anda minta bantuan guru Bahasa Inggeris anda untuk memeriksa diari anda ini. Hmmm…sekali lagi anda pasti akan rasa lebih terkejut (lelaki dan perempuan juga)  
Takkanlah anda mahu berikan diari anda dibaca oleh guru Bahasa Inggeris anda?! Tidak masuk akal bukan? Jangan bimbang. Jika anda bercadang mahu memberikan diari itu untuk diperiksa oleh guru Bahasa Inggeris supaya dia dapat memberi teguran dan membantu anda memajukan lagi cara anda menulis, elakkan menulis sesuatu yang bersifat terlalu peribadi. Elakkan juga menulis sesuatu yang anda mahu rahsiakan. Anda boleh tulis sesuatu yang mahu dirahsiakan di tempat lain.
Jadi, saya ucapkan selamat menulis.   

 

 
Petua 6
Petua yang keenam untuk cepat pandai Bahasa Inggeris ialah anda perlu cari kawan-kawan yang Pandai Bahasa Inggeris dan kawan-kawan yang Mahu Pandai Bahasa Inggeris. Mengapa?
Jika anda berkawan baik dengan seseorang yang Pandai Bahasa Inggeris,
  • anda akan terikut dengan cara pemikirannya yang percaya bahawa subjek Bahasa Inggeris adalah mudah untuk dikuasai. Apabila anda turut berfikir begini, anda jadi lebih yakin dan lebih mudah untuk memajukan tahap penguasaan anda.
  • Anda dapat belajar daripada kawan anda ini. Apabila ada sesuatu yang anda tidak faham, anda boleh bertanya kepadanya. Apabila dia menerangkannya kepada anda, anda akan rasa lebih mudah faham. Secara umumnya, kita lebih mudah faham apa yang diterangkan oleh rakan sebaya kerana rakan sebaya bercakap menggunakan bahasa dan tahap pemikiran yang agak sama. Jadi anda akan lebih mudah faham dan pandai.
Jika anda berkawan baik dengan seseorang yang Mahu Pandai Bahasa Inggeris,
  • anda akan lihat kesungguhan kawan anda ini untuk maju. Anda akan lihat dia bersemangat untuk mencari jalan memajukan tahap penguasaannya. Akibatnya, anda akan terikut-ikut dengan kesungguhan ini.
  • Anda dapat belajar bersama-sama dan sama-sama mencari jalan bagaimana untuk memajukan penguasaan Bahasa Inggeris anda dengan cepat.
  • Anda tidak rasa berseorangan. Selalunya, pelajar yang lemah Bahasa Inggeris merasa dipinggirkan oleh pelajar yang lebih pandai. Jadi, mereka terus memencilkan diri dan tidak mahu belajar dengan lebih bersungguh-sungguh. Dengan adanya kawan yang mahu pandai ini, pelajar ini tidak akan rasa begitu.
Mulai hari ini, cari kawan seperti yang saya terangkan di atas. Luangkan masa dengan mereka dan berlatih bercakap dan menulis dalam Bahasa Inggeris. Lebih banyak anda berlatih, lebih banyak anda mencuba, lebih cepat anda pandai Bahasa Inggeris. Selamat mencuba.
.


 

 
Petua 7
Petua pandai Bahasa Inggeris yang ketujuh dan yang terakhir ialah ‘Hafal ayat-ayat dalam Bahasa Inggeris untuk kegunaan harian’. Maksudnya begini, apa yang membuat bertutur dan menulis dalam Bahasa Inggeris sukar ialah anda tidak tahu bagaimana cara untuk menggambarkan sesuatu dalam Bahasa Inggeris.
Contohnya kalau anda mahu kata ’saya rasa tidak sihat’ dan tidak tahu apa ayat yang biasa digunakan untuk menggambarkan situasi ini, mungkin sukar jadinya. Apa yang anda akan kata untuk menggambarkan ayat tadi?
Adakah anda akan kata ‘I am not healthy’? Atau “I feel not healthy’? Hmmm… yang mana satu ye? Mungkin banyak cara yang boleh digunakan untuk menggambarkan ayat ’saya rasa tidak sihat’ tetapi ayat yang biasa saya gunakan ialah ‘I am not feeling well’. Pernahkah anda dengar sesiapa berkata begitu?
Untuk pengetahuan anda, saya sendiri selalu merasa sukar untuk menggambarkan sesuatu di dalam Bahasa Inggeris suatu masa dahulu. Ini kerana saya cuba menukarkan ayat Bahasa Melayu kepada ayat Bahasa Inggeris. Jadi, kalau perkataan ‘rasa’ saya akan tukar kepada ’feel’, kalau perkataan ’sihat’ saya tukar kepada perkataan ‘healthy’. Apabila digabungkan menjadi satu ayat, ia tidak begitu tepat bukan?
Petua terakhir ini menyuruh anda menghafal ungkapan-ungkapan dan eskpresi dalam Bahasa Inggeris. Dalam buku khas vocabulary anda yang anda sudah sediakan, tulis juga ungkapan-ungkapan yang anda tahu.
Mula kumpul dan hafal ungkapan-ungkapan yang anda boleh gunakan setiap hari. Contohnya, apa yang anda perlu kata untuk bertanya tentang waktu, “What time is it?”, untuk memberitahu yang anda rasa begitu gembira, “I feel great!” dan sebagainya.
Mulai hari ini, jika anda mahu gambarkan sesuatu tetapi tidak tahu bagaimana cara melakukannya, tanya seseorang yang pandai Bahasa Ingeris. Lebih baik lagi, tanya guru Bahasa Inggeris anda. Salin apa yang anda baru belajar itu dan mula praktikkan.
Setiap kali anda rasa tidak sihat dan mahu memberitahu perkara itu kepada kawan anda, kata “I am not feeling well today”. Katakannya dengan yakin.
Bayangkan anda seperti seorang mat salleh yang sedang menuturkan kata-kata tersebut (Jangan risau, anda tidak akan jadi mat salleh betul-betul :)  ) Cara paling mudah untuk menghafal sesuatu ialah dengan sentiasa mengulangnya. Gunakan ayat-ayat itu apabila sesuai.
Selamat mencuba. .


 

 
Kesimpulan
Alhamdulillah, saya telah berjaya menulis 7 petua untuk cepat pandai dalam Bahasa Inggeris untuk anda dan untuk diri saya sendiri. Mungkin ada diantara anda yang terfikir, pentingkah petua ini semua?
Hmmm…. Di dalam dunia ini, anda boleh pelajari apa sahaja. Tetapi anda ada pilihan sama ada mahu belajar dengan cepat atau mahu belajar dengan lambat.
Belajar dengan lambat ialah apabila anda tidak mengikut panduan yang diberikan. Anda gunakan teknik cuba dan gagal. Maksudnya, anda terus mencuba hingga anda dapat cara yang betul. Sayangnya, cara ini tidak cukup pantas dan kadangkala boleh membuat anda putus-asa.
Belajar dengan cepat ialah belajar dengan menggunakan teknik dan panduan dan betul. 7 Petua ini ialah teknik dan panduan. Jika anda lakukan betul-betul, jangan terkejut jika anda boleh bertutur dengan fasih dan menulis dalam Bahasa Inggeris dengan sangat baik dalam masa kurang 6 bulan. Jadi, sekali lagi saya tuliskan 7 petua ini untuk anda:
  • Petua 1 - Kegagalan atau kelemahan anda pada masa yang lalu bukanlah petunjuk kepada kebolehan diri anda.
  • Petua 2 - Kuasai perbendaharaan kata.
  • Petua 3 - Kuasai Tatabahasa Bahasa Inggeris.
  • Petua 4 - Fikir dalam Bahasa Inggeris.
  • Petua 5 - Tulis diari dalam Bahasa Inggeris.
  • Petua 6 - Cari kawan pandai Bahasa Inggeris dan kawan yang mahu pandai Bahasa Inggeris.
  • Petua 7 - Hafal ayat-ayat dalam Bahasa Inggeris untuk kegunaan harian.
Semoga petua ini dapat membantu dan memberi manfaat kepada anda. Saya ucapkan selamat berjaya! .

© All Rights Reserved 2007. www.OsmanAffan.com

Monday, December 05, 2011

Kadang-kadang Kita Terlupa..


Berdoalah, kamu tidak akan rasa sunyi dan keletihan ~ Picture by RothermRebeka of Deviant Art.

Pernahkah kita mendengar kisah Nabi Allah Zakaria AS? Sudah hampir berumur 80-an dan tidak pula dikurniakan anak? Menggunung harapan dia bina, agar mendapat anak yang mampu meneruskan kerja dakwahnya, tetapi tetap juga nikmat itu tidak dikurnia.
Tetapi akhirnya satu peristiwa menyedarkan Nabi Allah Zakaria itu.
Dan hasil kesedarannya, Allah memberikan dia anak yang indah bernama Yahya.

Berdoa.

Kadang-kadang, kita terlupa untuk berdoa.
Apa kaitannya Nabi Zakaria, dengan doa?
Sama-sama kita perhatikan.

Satu hari di mihrab Maryam
Maryam adalah anak saudara kepada Nabi Zakaria. Ibu kepada Maryam bernazar sekiranya dia mempunyai anak, maka dia akan meletakkan anaknya di Mihrab agar menjadi hamba abdi kepada Allah SWT semata-mata. Maka apabila Maryam lahir, dan Maryam adalah perempuan, maka Nabi Zakaria sebagai bapa saudara memegang amanah menjaga Maryam di mihrabnya.
“Maka ia (Maryam yang dinazarkan oleh ibunya) diterima oleh Tuhannya dengan penerimaan yang baik, dan dibesarkannya dengan didikan yang baik, serta diserahkannya untuk dipelihara oleh Nabi Zakaria.” Surah Ali-Imraan ayat 37.
Maryam amat istimewa. Dan antara yang mengkagumkan adalah, walaupun dia tidak pernah keluar dari mihrabnya, akan terdapat buah-buahan tersedia buatnya yang datang entah dari mana. Lebih menakjubkan, buah-buahan musim panas muncul ketika dia menghadapi musim sejuk, dan buah-buahan musim sejuk muncul ketika dia menghadapi musim panas.
“Tiap-tiap kali Nabi Zakaria masuk untuk menemui Maryam di Mihrab, ia dapati rezeki (buah-buahanan yang luar biasa) di sisinya.” Surah Ali-Imraan ayat 37.
Satu hari di mihrab Maryam, Nabi Zakaria yang menyedari akan keajaiban itu bertanya:
“Nabi Zakaria bertanya: Wahai Maryam dari mana engkau dapati (buah-buahan) ini?” Surah Ali-Imraan ayat 37.
Dan Maryam pun menjawab:
“Maryam menjawab: Ialah dari Allah, sesungguhnya Allah memberikan rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya dengan tidak dikira.” Surah Ali-Imran ayat 37.
Ketika inilah, mengikut apa yang penulis belajar daripada guru-guru penulis dalam bidang Aqidah dan Al-Quran, yakni Dr Ala’ Hilat, Dr Muhammad Jamal, Dr Samirah Tohir, mereka menyatakan bahawa Nabi Zakaria seakan seperti ‘ditegur’ oleh Allah SWT.

Tersedar bahawa selama ini dia hanya mengharap, tetapi tidak berdoa dengan bersungguh-sungguh.Berdoa dengan keyakinan bahawa, Allah SWT itu, walau perkara yang mustahil, mampu direalisasikan. Jelas Allah menunjukkan dengan kemunculan buah musim sejuk pada musim panas, buah musim panas pada musim sejuk.
Di saat itu jugalah, kalau kita lihat, Allah terus menceritakan pada ayat 38, yakni sejurus selepas ayat 37, menandakan cepatnya perkara itu berlaku, Nabi Zakaria berdoa. Di dalam mihrab Maryam itu jugalah, pada saat kesedarannya itu jugalah,

Nabi Zakaria berdoa.
“Ketika itu Nabi Zakaria berdoa kepada Tuhannya, katanya: Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan. Surah Ali-Imraan ayat 38.

Dan Allah pantas memberikan jawapan kepada doa yang dilancarkan sepenuh jiwa, bersama kesedaran itu.
“Lalu ia diseru oleh malaikat sedang ia berdiri sembahyang di Mihrab, (katanya): Bahawasanya Allah memberi khabar yang mengembirakanmu, dengan (mengurniakanmu seorang anak lelaki bernama) Yahya, yang akan beriman kepada Kalimah dari Allah, dan akan menjadi ketua, dan juga akan menahan diri dari berkahwin, dan akan menjadi seorang Nabi dari orang-orang yang soleh.” Surah Ali-Imraan ayat 39.

Kadang-kadang, kita terlupa berdoa.
Bukanlah maksud saya, kita lupa berdoa dalam erti kata mengangkat tangan dan meminta kepada Allah.Tetapi maksud saya, kita terlupa berdoa dengan bersungguh-sungguh, memahami makna doa kita, tahu apa yang kita minta, dan yakin bahawa Allah mampu dan akan memakbulkannya.Ya, kadang-kadang, kita terlupa berdoa.

Masa susah dan senang.
Kita kadangkala, kala susah, kita mudah mengadu kepada manusia. Kita mudah menceritakan semua masalah kita kepada mereka. Itu memang satu perkara yang positif, berbanding dipendam seorang diri begitu sahaja. Tetapi persoalannya, apakah kita telah mengadu kepada Allah dengan bersungguh-sungguh?
Pernahkah saat kita kesakitan, kita benar-benar berdoa kepada Allah: “Ya Allah, aku sakit. Sembuhkanlah.”

Pernahkah saat kita sukar hendak mengajak seseorang kepada kebaikan, kita bersungguh-sungguh berdoa kepada Allah: “Ya Allah, aku sayang dia, aku nak ajak dia pada kebaikan, tetapi dia asyik lari daripada aku ya Allah. Lembutkanlah hatinya, dan ampunkanlah dosa aku sekiranya dosa aku yang membuatkannya menjauh.”
Pernahkah saat kita kesempitan, kita benar-benar berdoa kepada Allah: “Ya Allah, aku sempit. Lapangkanlah.”
Dengan penuh keyakinan bahawa Allah memang akan menyembuhkan kita, akan melembutkan hati dia, akan melapangkan kehidupan kita?
Tatkala senang pula, apakah pernah kita berdoa kepada Allah agar dikekalkan kesenangan kita? Pernahkah kita berdoa kepada Allah agar diluaskan lagi rezekiNya kepada kita? Apakah kita berdoa kepada Allah agar kita tidak tertipu dengan nikmat pemberianNya?
Kadang-kadang kita terlupa berdoa.
Sebab itu kita rasa seperti ‘terputus’.

Doa, ibarat tali layang-layang
Keimanan adalah penghubung kita kepada Allah SWT. Manifestasi daripada keimanan adalah amal. Maka amalan adalah penghubung kita kepada Allah SWT. Kita buat, kita rasa keterikatan kita dengan Allah SWT. Kita solat, membaca Al-Quran, berzikir, tadabbur alam, melakukan kebaikan-kebaikan, semua itu mengikat jiwa kita dengan Allah SWT.
Dan doa, adalah kemuncak hubungan kita dengan Allah SWT sebenarnya.
Ya, kita hanya meminta dengan yang kita rapat.
Kita hanya mengadu dengan yang kita percaya.
Maka kalau kita rapat dengan Allah, memang Allahlah yang akan kita minta kepadaNya.
Maka kalau kita percaya dengan Allah, memang Allahlah yang kita mengadu kepadaNya.
Doa, mengikat kita lebih rapat dengan Allah SWT. Doa, adalah tanda kita amat yakin dan percaya, tanpa ragu-ragu, bahawa Allah amat rapat dengan kita.
“Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah) Ku dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran.” Surah Al-Baqarah ayat 186.

Penutup: Maka Berdoalah.
Maka berdoalah. Susunlah doa kita. Fahami apa yang kita doakan. Yakini bahawa Allah akan memakbulkannya. Dan jangan sesekali lupa untuk berusaha dengan sesungguh-sungguhnya. Orang yang selalu berdoa akan tenang. Kerana dia akan melihat, satu persatu doanya dijawab oleh Allah SWT. Orang yang tidak berdoa, mendapat kejayaan pun, dia tidak akan rasa apa-apa ‘nilai tambah’. Dia rasa, dia dapat itu dengan usahanya sendiri. Sebab itu, apabila dia benar-benar ‘mati usaha’, dia akan putus asa dan tidak bangkit semula. Kita, bila ‘mati usaha’, kita tetap merasakan bahawa – Allah itu ada, dan Dia akan membantu kita. Kerana kita sering berdoa kepadaNya.

Thursday, November 24, 2011

Setitik Susu Ibu

Do.. do.. do.. anok nok tidor..
Tidor berulek jago di gerok..
Tepok amai-amai belale kupu-kupu..
Tepok biar ramai male kakre mok upoh susu..

Setitik air susu yang masuk ke mulut
Besar hajat ibu nak tengok ku hidup
Air susu ibu nilai tadok hargo
Walau pitih beribu dengan duit berjuta

Ku tengok muka ibu sejak muda sampai tua
Dahi kecut seribu uban putih penuh kepala
Tapi aku tahu ibu banyak jasa
Air tangan ibu seribu bau seribu rasa

Oh ibu .. Oh ibu.. Terima kasih ibu..


Sejak kecik hingga aku dewasa
Nyamuk sekor tak wi ketik duduk jaga
Makan minum kain baju tak wi kurang
Didik aku dengan penuh kasih sayang

Bila besar baru aku kenal diri
Tadok nilai jasa ibu tabur budi
Tangan paha kaki sanggup jadi jamban
Rela susah diri pelihara aku sorang

Ibu yang dah tua dok perati anak-anak
Hok dia tabur jasa bila besar dia nak tengok
Anak yang berjaya ditaruh harapan
Bekal hari tua tempat dia nak menumpang

Oh ibu.. oh ibu.. jasa mu ku kenang..

Selama ini ibu juga jadi hamba
Hari ini ku nak balas segala jasa
Sakit demam makan minum ku jaga
Nak wi senang hidup mu di masa tua

Jasa baik budi ibu ku tak lupa
Walau setitik air susu mu ku rasa
Nak buleh ku sorang mu ngandung 9 bulan
Letih penat badan mu tak royat ke orang

Ku cium tangan ibu mintak halal mintak ampun
Segala salah aku banyak sangat kalu hintung
Hari ni aku tahu nilai kasih ibu kandung
Budi dan jasa ibu setinggi-tinggi aku sanjung

Pada anak-anak hok masih ada ibu
Tulunglah pakat tengok walau sekali, sekali seminggu
Harta dia tak nak harap kasih anak cucu
Tengok mata anak terubatlah segala rindu

oh ibu.. oh ibu.. ku sayang pada mu

oh ibu.. halal lah makan dan minum ku

oh ibu.. oh ibu.. ampunkan dosaku

oh ibu.. oh ibu.. terima kasih ibu ..

Karya : Cikgu Sulizi – Untukmu Ibu

Friday, November 18, 2011

Berfikirlah.. Tapi Jangan Khuatir

Rancang dan bekerjalah dengan apa yang ada di tangan.  Jangan bimbang akan hal-hal tidak menentu dalam angan-angan.  Yang di tangan itulah yang sebenar.  Yang dalam angan-angan itu masih samar.  Kita tidak mungkin hidup dalam dua alam yang samar – masa lalu yang telah jadi memori; masa depan yang masih ilusi.  Hidup hakiki ialah hari ini.  Itulah yang realiti.  Kata cerdik pandai:  “Beradalah di tempat kamu berada.”  Maksudnya, jangan lari dari reality.  Usah absent minded.  Hidup dan beradalah dalam hari ini.  Jangan khuatiri hari esok.  Jangan bimbangkan hari semalam.

Susun JADUAL HIDUP harian dan ikutilah dengan tenang.  Hidup umpama membaca lembaran demi lembaran dari sebuah buku yang sangat tebal.  Jangan gerun hanya melihat ketebalan buku itu, hingga hilang ‘mood’ untuk membacanya.  Atau terlalu gelojoh, hingga membaca secara meloncat-loncat tanpa mengikut tertib mukasurat.  Bacalah dari muka surat pertama, kedua, ketiga dan seterusnya. 

Begitulah juga dalam soal ‘membaca’ kehidupan ini. ………….

Hidup adalah satu pusingan perubahan yang tidak henti-henti.  Hukum alam menetapkan bahawa yang tidak berubah hanyalah perubahan.  Oleh kerana itu adalah satu kerja gila jika kita hendak menyelesaikan ‘masalah-masalah’ masa depan yang hakikatnya belum berlaku.  Jangan cuba mengambil ‘tempat’ Tuhan untuk mengawal semua perubahan kerana yang mampu mengawalnya hanyalah Dia yang tidak berubah-ubah.

Seorang manusia walau bagaimana kuat sekalipun, tidak akan mampu menanggung derita masa lalu dicampur beban kebimbangan masa depan, lalu dipikul bersama masalah pada hari ini.  Tiga beban dalam satu masa boleh menyebabkan seorang genius dihantar ke hospital sakit otak.

“Masa lalu adalah kelmarin yang telah mati.  Masa depan adalah esok yang belum lahir………… tetapi selamatkanlah hari ini yang sedang hidup.”  Mungkin anda akan bertanya, kalau begitu  salahkah kita merancang untuk masa depan?  Tidak.  Pendek angan-angan bukan bererti tidak bersedia untuk hari esok.  Fikirkan hari esok, tetapi jangan khuatir.  

Banyak bezanya antara fikir dan khuatir………
(Selamat membuat jadual waktu kepada semua Pegawai Jadual Waktu di seluruh Politeknik Malaysia..)

Wednesday, November 09, 2011

Derita Ummat

Pada 28 Julai 2010 lalu. Peristiwa nahas yang mengorbankan 13 orang dan mencederakan 300 orang ini menceritakan sebuah kenyataan yang menarik banyak perhatian awam. Semasa letupan di kilang tersebut berlaku, seekor monyet telah dirakamkan kamera semasa menyelamatkan seekor anak anjing dari lokasi letupan. Ia menggendong anak anjing sambil berlari keluar dari kilang tersebut.


Sekiranya peristiwa ini boleh mengetuk hati kecil kita, binatang juga boleh menunjukkan belas kasihan dan kebaikan kepada sesama mereka. Hari ini umat menderita.. Umat jauh dari perintah agama.. Siapa yang ingin bertanggung jawab atas umat ini ? Tanggung jawab siapa ?

Thursday, November 03, 2011

Tentang Seorang Ayah


Mungkin ibu lebih kerap menelefon anda...untuk menanyakan keadaan kita setiap hari..Tapi tahukah kita, sebenarnya ayahlah yang mengingatkan ibu untuk menelefon kita?

Semasa kecil, ibu lah yg lebih sering mendukung kita..Tapi tahukah kita bahawa sebaik saja ayah pulang bekerja dengan wajah yang letih ayahlah selalu menanyakan apa yg kita lakukan seharian

Saat kita sakit@demam, ayah sering membentak "sudah diberitahu! jangan minum ais!".Tapi tahukah kamu bahawa ayah sangat risau.??

Ketika kita remaja, kita meminta izin untk keluar malam. Ayah dengan tegas berkata "tidak boleh!"..Sedarkah kita bahawa ayah hanya ingin menjaga kita? Kerana bagi ayah, kita adalah sesuatu yang sangat berharga.

Saat kita sudah di percayai, ayah pun melonggarkan peraturannya. Maka kita telah melanggar kepercayaannya...Maka ayah lah yang setia menunggu kita di ruang tamu dengan rasa sangat risau..

Setelah kita dewasa, ayah telah menghantar kita ke sekolah atau universiti untuk belajar..
Di saat kita memerlukan ini dan itu, untuk keperluan kuliah kita, ayah hanya mengerutkan dahi, tanpa menolak, beliau memenuhinya..Saat kamu berjaya..Ayah adalah orang pertama yang berdiri dan bertepuk tangan untukmu..Ayah akan tersenyum dengan bangga..

Sampai ketika jodoh kita telah datang dan meminta izin untuk mengambil kita dari ayah..Ayah sangat berhati-hati mengizinkan nya..Dan akhirnya..Saat ayah melihat kita duduk di atas pelamin bersama pasangan nya..ayah pun tersenyum bahagia..

Apa kita tahu,bahawa ayah sempat pergi ke belakang dan menangis?

Ayah menangis kerana ayah sangat bahagia..Dan dia pun berdoa "Ya Tuhan, tugasku telah selesai dgn baik..Bahagiakan lah putra putri kecilku yg manis bersama pasangannya"..

Setelah itu ayah hanya akan menunggu kedatangan kita bersama cucu-cucunya yg sesekali dtg untuk menjenguk..Dengan rambut yg memutih dan badan yang tak lagi kuat untuk menjaga kita..

Tuesday, November 01, 2011

Tahukah Maksudnya ?


Doa duduk antara Sujud yang kita selalu baca laj-laj..
Tahukah maksudnya??

Rabbighfirli (Tuhanku, ampuni aku)
Warhamni (sayangi aku)
Wajburnii (Tutuplah aib-aibku)
Warfa’nii (Angkatlah darjatku)
Warzuqnii (Berilah aku rezeki)
Wahdinii (Berilah aku petunjuk)
Wa’Aafinii (Sihatkan aku)
Wa’fuannii (Maafkan aku)

Renung-renungkan.. Selamat beramal !

Monday, October 31, 2011

Magnet Rezeki


Solat Sunat Dhuha


Hadis pertama : Dari Abu Hurairah r.a berkata : Nabi Muhammad saw menasihati aku untuk mengerjakan 3 perkara dan jangan ku tingalkan sehingga aku mati iaitu:

1. Puasa 3 hari pd pertengahan bulan
2. Shalat Dhuha
3. Solat sunat Witir sebelum tidur

Hadis kedua: Diriwayatkan oleh Tarmizi Nabi saw bersabda : Sesiapa shaja yang bersolat sunat dhuha dengan rutin, maka Allah akan mengampunkan dosa2nya walaupun sebanyak buih di lautan.

Hadis ketiga: Sabda Nabi saw : Solat sunat Dhuha itu akan mendatangkan rezeki dan menolak kefakiran (kemiskinan) dan tidak ada yang akan memelihara sunat dhuha itu melainkan orang2 yang bertaubat.

Hadis keempat: Diriwayatkan oleh Tabrani Rasullullah bersabda: Bahawasanya di syurga ada pintu yang dinamakan “Dhuha” maka jika telah datang pada hari kiamat , berserulah (malaikat) “manakah orang2 yang selalu bersolat dhuha ? inilah pintu kamu silakan lah masuk ke dalamnya dgn rahmat Allah swt.

Hadis keenam: Dalam riwayat yang lain Rasullullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam pernah bersabda yang maksudnya : “Pada tiap-tiap pagi lazimkanlah atas tiap-tiap ruas anggota seseorang kamu bersedekah; tiap-tiap tahlil satu sedekah, tiap-tiap takbir satu sedekah, menyuruh berbuat baik satu sedekah, dan cukuplah ( sebagai ganti ) yang demikian itu dengan mengerjakan dua rakaat sembahyang Dhuha .”( Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim )


Kesimpulannya banyak sangat fadilat dan kelebihan apabila kita mengamalkan solat sunat dhuha dalam hidup kita seharian.Solat sunat dhuha itu dilakukan dgn 2 rakaat mcm solat sunat yg lain. Waktu nya selepas waktu syuruk dari 7.30 hingga 11.00pg.

Cara solat dhuha:

1.Pada rakaat pertama selepas fatihah baca surah Assham dan rakaat kedua selepas fatihah baca surah Addhuha.
2. Pada rakaat pertama selepas fatihah baca surah Addhuha dan rakaat kedua selepas fatihah baca surah al ikhlas
3. Yang terbaik selepas fatihah rakaat pertama baca ayat kursi 10x dan pada rakaat kedua selepas fatihah baca surah alikhlas 10x juga.

Harapan semoga selepas ini kita semua akan mengamalkan solat sunat dhuha pada setiap hari insyaAllah, tak boleh setiap hari dapat seminggu sekali, tk dapat seminggu sekali, sebulan sekali, tk boleh sebulan sekali setahun sekali tak dapt setahun sekali seumur hidup sekali pun jadilah…

Friday, October 21, 2011

Adab Rasulullah


1. SELALU BANGUN SEBELUM SUBUH

Rasul selalu mengajak ummatnya untuk bangun sebelum subuh, melaksanakan solat sunah dan solat subuh berjamaah. Hal ini memberi hikmah yg mendalam antara lain :
- Berlimpah pahala dari Allah
- Kesegaran udara subuh yg bagus utk kesehatan/ terapi penyakit TB
- Memperkuat fikiran dan menyihatkan perasaan

2. AKTIF MENJAGA KEBERSIHAN

Rasul selalu sentiasa rapi & bersih, tiap hari khamis atau Jumaat beliau mencuci rambut-rambut halus di pipi, selalu memotong kuku, bersisir dan berminyak wangi..

"Mandi pada hari Jumaat adalah wajib bagi setiap orang-orang dewasa. Demikian pula menggosok gigi dan memakai harum-haruman"(HR Muslim)

3.TIDAK PERNAH BANYAK MAKAN

Sabda Rasul :

"Kami adalah sebuah kaum yang tidak makan sebelum lapar dan bila kami makan tidak terlalu banyak (tidak sampai kekenyangan)" (Muttafaq Alaih) Dalam tubuh manusia ada 3 ruang untuk 3 benda : Sepertiga untuk udara, sepertiga untuk air dan sepertiga lainnya untuk makanan. Bahkan ada satu tarbiyyah khusus bagi ummat Islam dengan adanya Puasa Ramadhan untuk menyeimbangkan kesihatan

4. GEMAR BERJALAN KAKI

Rasul selalu berjalan kaki ke Masjid, Pasar, medan jihad, mengunjungi rumah sahabat, dan sebagainya. Dengan berjalan kaki, keringat akan mengalir, pori-pori terbuka dan peredaran darah akan berjalan lancar. Ini penting untuk mencegah penyakit jantung

5. TIDAK PEMARAH

Nasihat Rasulullah : "Jangan Marah"diulangi sampai 3 kali. Ini menunujukkan hakikat kesihatan dan kekuatan Muslim bukanlah terletak pada jasadiyah belaka, tetapi lebih jauh iaitu dilandasi oleh kebersihan dan kesihatan jiwa. Ada terapi yang tepat untuk menahan marah :

- Mengubah posisi ketika marah, bila berdiri maka duduk, dan bila duduk maka berbaring
- Membaca Ta 'awwudz, karena marah itu dari Syaithon- Segeralah berwudhu
- Solat 2 rakaat untuk meraih ketenangan dan menghilangkan kegundahan hati

6. OPTIMIS DAN TIDAK PUTUS ASA

Sikap optimis akan memberikan impak psikologi yang mendalam bagi kelapangan jiwa sehingga tetap sabar, istiqomah dan bekerja keras, serta tawakal kepada Allah SWT

7. TAK PERNAH IRI HATI

Untuk menjaga keharmonian hati & kesihatan jiwa, dengan menjauhi sikap iri hati adalah merupakan tindakan preventif yang sangat tepat.


"Ya Allah,bersihkanlah hatiku dari sifat sifat mazmumah dan hiasilah diriku dengan sifat sifat mahmudah"